Sejarah Thariqat Naqsyabandiyyah

150088_155762237801388_5655307_n

Sejarah Thariqat Naqsyabandiyyah sebagaimana Thariqat-thariqat Shufiya yang lain adalah dikenali menerusi rantaian Silsilahnya yang kembali merujuk kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ianya bermula dengan bermula selari dengan permulaan Syiar Dakwah Islam. Secara jelasnya, seluruh Thariqat Shufiya khasnya Thariqat Naqsyabandiyyah sebagai suatu jalan pengamalan untuk mendekatkan diri Kehadhrat Tuhan telah wujud semenjak zaman Baginda bersama generasi pertama Ummat Muslimin. Silsilah Thariqat adalah berperanan penting bagi menilai samada sesebuah Thariqat Shufiya itu benar ataupun palsu. Silsilah yang palsu tidak dapat memberikan penghasilan limpahan Faidhz dan tiada mendapat pengesahan dan tiada berwibawa.

Berkenaan Silsilah sering dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu tentang kepentingannya dalam pengamalan Thariqat kerana mereka tidak melihat kepada pentingnya perhubungan dan perkaitan Nisbat dalam pengamalan Syari’at pada aspek yang zahir dan pada aspek batin dalam pengamalan Thariqat. Oleh kerana keterbatasan sifat-sifat hamba dengan serba kelemahan yang ada pada diri setiap manusia adalah memerlukan bimbingan dan panduan dari mereka yang telah mengetahui dan berpengalaman maka seseorang Murid dalam perjalanan Thariqat perlulah menisbatkan dirinya dengan panduan, bimbingan dan ajaran daripada Guru Mursyidnya supaya dapat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan pada seseorang Murid, kerana seseorang itu tidak akan dapat membimbing dirinya sendiri dan mencipta jalannya sendiri untuk mencapai Hadhrat Ketuhanan bahkan dia perlu mempunyai seorang pembimbing Ruhani bagi membimbing perjalanan Ruhaniyyahnya menurut tuntutan Syari’at kerana pengamalan Thariqat adalah Ruh bagi Syari’at.

Thariqat Naqsyabandiyyah adalah sebuah Thariqat Shufiya yang paling luas penyebarannya di seluruh dunia. Kekuatannya terletak pada ciri-cirinya yang mematuhi dengan ketat segala tuntutan perundangan Hukum Syari’at dan penglibatan Para Ahlinya dalam kehidupan sosial bermasyarakat dan urusan politik pemerintahan dalam sesebuah negara.

Sejarah perkembangannya telah melalui beberapa fasa iaitu dari Tanah Hijaz ke Asia Tengah, kemudian ke Tanah Hindi dan seterusnya berkembang dalam jajahan Kekhalifahan ‘Utsmaniyyah dari Asia Timur ke Asia Barat sehingga ke Benua Eropah, Benua Amerika dan Benua Australia. Sehingga ke hari ini berbagai cabangan Thariqat Naqsyabandi telah dapat dikenalpasti meskipun belum secara mencakupi kesemuanya, namun cabangan Thariqat Naqsyabandi yang bergerak secara dinamik sehingga ke hari ini adalah seperti Naqsyabandi Mujaddidi, Naqsyabandi Mazhhari, Naqsyabandi Qadiri, Naqsyabandi Khalidi, Naqsyabandi Saifi, Naqsyabandi Haqqani dan Naqsyabandi Uwaisi.

Ramai Para pemimpin Thariqat Naqsyabandiyyah dan mereka yang menuruti perjalanan Thariqat ini telah memainkan peranan penting sebagai para pemikir Islam dan menggerakkan berbagai pergerakan Islam dalam bidang pendidikan, dakwah, politik dan pembentukan Syaksiyyah Islam dengan menerapkan berbagai strategi baharu bagi menghadapi cabaran semasa dan cabaran masa hadapan.

Keistimewaan Thariqat ini adalah terletak pada pokok-pokok pengajaran-pengajarannya yang diperkenalkan oleh Para Masyaikh berdasarkan apa yang telah mereka warisi dari Para Guru mereka dan buah-buahan pengenalan Ma’rifat yang terhasil dalam Muraqabah dan Musyahadah mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s