Ringkasan Kehidupan Hadhrat Syah Waliyullah Dehlawi Rahimahullah

gallery_5_6_9582

RINGKASAN KEHIDUPAN HADHRAT SYAH WALIYULLAH RAHIMAHULLAH

Hadhrat Syah Waliyullah Ad-Dehlawi Rahimahullah adalah seorang pemilik syakhsiah yang Jami’ terhimpun dengan himpunan ilmu zahir dan batin serta agung kebesarannya. Beliau pada satu masa yang sama adalah seorang Mufassir, Muhaddits, Faqih, Usuli, Mutakallim, Mufakkir, Sufi dan merupakan seorang Mujaddid pada waktu zamannya. Beliau dilahirkan pada 4 Syawwal 1114H / 10 Februari 1703M di sebuah daerah bernama Muzhaffar Nagar, Bharat India.

NAMA DAN NASAB KETURUNAN
Nama asal beliau Qutubuddin Ahmad tetapi masyhur dengan nama Syah Waliyullah Rahimahullah. Ayahnya bernama Hadhrat Syah ‘Abdur Rahim dan datuknya bernama Hadhrat Syah Wajihuddin. Syajarah nasab keturunan beliau menerusi ayahnya sampai kepada Hadhrat ‘Umar Faruq Radhiyallahu ‘Anhu pada rusuk yang ke-29, manakala menerusi ibunya sampai kepada Hadhrat Imam Musa Kazhim.

KEHIDUPAN DAN PENDIDIKAN AWAL
Ketika Hadhrat Syah Waliyullah berusia lima tahun beliau telah dimasukkan ke madrasah dan ketika berusia tujuh tahun beliau sudah mula mendirikan Solat, berpuasa dan pada usia tersebut juga beliau telah sempurna menghafal Al-Quran. Sesudah itu beliau mula menghasilkan ilmu pengetahuan Islam dengan mendapatkan Sanad menurut kaedah dan telah berhasil mendapatkan Ijazat keizinan untuk mengajar.

PERKAHWINAN
Beliau melangsungkan perkahwinan pada ketika usianya 14 tahun dan pada ketika usia 15 tahun beliau telah berbai’at pada tangan ayahnya dan menempuh suluk Silsilah Naqsyabandiyyah. Ketika beliau berusia 17 tahun ayahnya telah meninggal dunia. Setelah kewafatan ayahnya, beliau telah meneruskan sumbangan besar dalam bidang pengajaran dan pendidikan selama dua belas tahun di Delhi.

SAFAR HAJI
Pada tahun 1143H/1730M beliau telah memulakan safar perjalanan untuk mengerjakan Fardhu Haji. Beliau telah menetap di Tanah Hijaz selama 14 bulan setelah mengerjakan Haji. Dalam tempoh tersebut beliau telah mempelajari kitab-kitab Hadits daripada Para ‘Ulama Haramain dan secara khususnya dengan Hadhrat Syaikh Abu Thahir Madani Rahimahullah dan telah memperolehi Sanad dan Ijazat darinya. Pada sanad yang diberikan oleh Hadhrat Syaikh Abu Thahir telah tertulis:
“Syah Waliyullah telah mengambil sanad lafaz-lafaz Hadits daripadaku dan daku telah mengambil islah pengertian makna -makna Hadits daripadanya.”

Pada tahun berikutnya iaitu pada 1144H/1731M beliau telah mengerjakan Haji bagi kali kedua dan pada tahun 1145H beliau telah kembali semula ke Delhi, India. Sekembalinya di Delhi, beliau telah menyambung pengajaran dan pendidikan di madrasah Al-Marhum ayahnya yang bernama Madrasah Rahimiyyah dan disamping itu beliau telah menjalankan kerja-kerja pengarangan dan penulisan.

ANAK-ANAKNYA
Beliau memiliki empat orang anak lelaki:
1. Hadhrat Syah ‘Abdul ‘Aziz
2. Hadhrat Syah Rafi’uddin
3. Hadhrat Syah ‘Abdul Qadir
4. Hadhrat Syah ‘Abdul Ghani

Di samping itu, Hadhrat Syah Ismail Syahid Rahimahullah adalah cucu beliau.

SUMBANGAN BELIAU
Hadhrat Syah Waliyullah adalah seorang yang telah menyumbangkan peranan yang besar dalam bidang dakwah, ilmu, fikrah dan kerja-kerja Tajdid. Beliau mahir dalam dua bahasa utama iaitu Arab dan Farsi. Karya penulisan beliau kebanyakannya telah ditulis dengan kedua-dua bahasa ini. Beliau juga turut memberikan perhatian terhadap Syair dan Adab kesusasteraan. Antara sumbangan kerja yang telah diberikan:

1. Beliau telah berusaha untuk memgambil pendekatan membawa umat Muslimin yang berbeza Tabaqat dan Maslak untuk mendekati antara satu sama lain dengan memilih Maslak perjalanan Suluk yang I’tidal dan sederhana. Dengan menjauhkan dirinya dari orang ramai dalam masalah perbezaan pendapat, sebaliknya beliau memberikan penumpuannya kepada perkara-perkara yang telah ada kesepakatan ke atasnya dan perkara-perkara Masail yang telah mencapai kata Ijma’. Allah Ta’ala telah mengurniakan kepada beliau penguasaan yang khas terhadap ilmu pengetahuan yang mana beliau dapat memahami berbagai-bagai perkara yang berlainan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s