Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Sirhindi: Pembaharu Seribu Tahun Kedua

MazarSharifQayyumEAwwalMujaddidAlfSaniHazratShiekhAhmedSirhindiRahmatUllahAlaih

Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Sirhindi: Pembaharu Seribu Tahun Kedua

Syaikh Ahmad Sirhindi (1034H/1624M) adalah seorang Ahli Shufi terkenal di Dunia Islam yang berasal dari India. Legasi kesusasteraan penulisannya yang utama adalah himpunan surat-surat beliau yang dikenali sebagai Maktubat Imam Rabbani mengandungi 536 surat-surat yang menjelaskan secara terperinci berkenaan amalan dan falsafah Shufi. Tiada himpunan surat-surat Shufi yang dapat memberikan kesan berpanjangan dan berkekalan ke atas Ummat Muslimin di sebelah timur Dunia Islam sebagaimana Maktubat Imam Rabbani telah meninggalkan kesan dan hanya sedikit daripada pengajaran-pengajaran Shufi yang dapat meninggalkan bekas pada hati Ummat Muslimin.

Maktubat Imam Rabbani telah diterjemahkan ke berbagai bahasa. Menerusi jaringan Para ‘Ulama, surat-surat ini telah berperanan bagi menyebarkan Silsilah Thariqat Naqsyabandi Mujaddidi dari India ke seluruh benua Asia khasnya di Asia Tengah, Empayar ‘Utsmaniyyah dan China. Terdapat berbagai sebab yang menjadikan Silsilah Mujaddidi ini diterima, antaranya termasuklah mesej beliau yang begitu sesuai dengan keperluan semasa dan dengan kesungguhan semangat para pengikutnya hampir seluruh pengikut Thariqat Naqsyabandi di seluruh Dunia telah mendapat Nisbat Mujaddidi, bahawa ianya dikembangkan oleh para pengikut amalan dan pemikiran-pemikiran Syaikh Ahmad Sirhindi semenjak permulaan abad ke-18.

Bagaimana Syaikh Ahmad Sirhindi telah diberikan gelaran sebagai Mujaddid Alf Tsani yang bermaksud seorang yang membawa pembaharuan dalam urusan Agama Islam untuk period seribu tahun yang kedua sesudah Hijrah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang menjadikan beliau sebagai seorang tokoh pengasas bersama seiringan dengan Syah Bahauddin Naqsyaband yang wafat pada 791H/1389M di Bukhara, bagi membina Silsilah Thariqat Naqsyabandi Mujaddidi.

Kisahnya bermula dengan Syaikh Ahmad Sirhindi, sebagaimana Para Shufi yang terdahulu sebelumnya mengalami penyaksian Musyahadah dan kesedaran-kesedaran Haqiqat yang memaparkan kedudukan tahap keruhaniannya di Dunia ini. Sebagai contoh, Ruzbihan Baqli Shirazi (w.606H/1209M) telah mencapai suatu pengalaman tentang Tuhan yang telah mengisytiharkan beliau sebagai KhalifahNya di bumi dan seluruh alam. Ibnu ‘Arabi Dimasyqi (w.638H/1240M) telah mengalami begitu banyak penyaksian Musyahadah yang memperkenalpastikan diri beliau sebagai Khatam Al-Awliya yang bermaksud pemegang mohor Para Wali Allah, sebagai suatu sumber yang kekal untuk mencapai martabat Walayat Kewalian Para Awliya Allah yang agung.

Dengan cara yang sama, Syaikh Ahmad Sirhindi mengisytiharkan dirinya sebagai Wali Fard yang bermaksud kewalian yang unik tersendiri dan tidak menyerupai mana-mana Wali dengan pemilikan autoriti dari ‘Arasy ke Bumi. Syaikh ahmad Sirhindi memperkenalkan konsep dan rasional sebagai Pembaharu Millenium di dalam surat-suratnya. Ini merupakan suatu langkah yang tidak pernah diduga oleh sesiapa. Memang terdapat kenyataan di kalangan Ahli Sunnah bahawa akan muncul Mujaddid yang membawa pembaharuan Agama Islam bagi setiap seratus tahun, tetapi tiada sesiapapun sebelum Syaikh Ahmad Sirhindi yang telah mempertimbangkan berkenaan idea dan konsep Pembaharu Millenium untuk tempoh seribu tahun. Meskipun Syaikh Ahmad Sirhindi tidak pernah menyatakannya secara terbuka di dalam surat-suratnya bahawa beliau adalah Pembaharu Millenium tersebut, namun kenyataannya Pembaharu Millenium adalah merujuk kepada diri beliau sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s