Lakaran Ringkas Kehidupan Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi

sufi-meet--large-msg-116298249638

Lakaran Ringkas Kehidupan Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi

Sheikh Ahmad Sirhindi Mujaddid Alf Tsani yakni seorang pembaharu kebangkitan bagi Milenium kedua, telah dilahirkan pada tahun 971 H/1563 M di Sirhind, Timur Punjab, India. Keturunan keluarganya berkait dengan Hadhrat Amirul Mukminin ‘Umar Al-Faruq Khalifah Kedua Islam pada peringkat ke-29 dalam silsilah keturunan secara genealogi. Beliau mempelajari Falsafah, Logik Mantiq dan Sains Tradisional dari bapanya Shaykh ‘Abdul Ahad (w.1007 H/1598 M) dan ‘Ulama lain masa termasuk Mawlana Kamaluddin Kashmiri, Mawlana Muhammad Yaqub Kashmiri dan Qadhzi Bahlul Badakhshi. Beliau mengambil alih penguasaan dalam disiplin dan sains ini apabila beliau adalah hanya berumur tujuh belas tahun. Beliau tiba di ibu kota Akbarabad pada tahun 998 H/1589 M. Di sini dia telah bertemu dengan dua orang personaliti terkenal Mahkamah Diraja Akbar iaitu Syeikh Abu Al-Fadhzl (w. 1010 H/1601 M) dan saudaranya Syeikh Abu Al-Faidhz Faidhzi (w. 1004 H/1595 M). Beliau juga membantu Syaeikh Faidhzi dalam pengumpulan Tafsir Sawati’ Al-llham iaitu sebuah kitab tafsiran Al-Quran tanpa huruf yang bertitik. Dia telah bersama-sama dengan mereka untuk memanafaatkan masa dengan baik tetapi apabila mereka hanyut dan menyimpang dari norma-norma yang ditentukan Syari’at Perundangan Islam, beliau berpisah dari mereka pada memikirkan risiko terkuburnya cita-cita beliau sendiri untuk masa depan bagi maksud mengangkat kedaulatan dan kemuliaan Islam dalam bentuk asli yang sebenar dan tidak bercela.

Sheikh Ahmad Sirhindi mempunyai kebenaran Ijazat untuk menyebarkan dan mendapatkan pelbagai Nisbat dalam rantaian Silsilah Para Masyaikh terutamanya di dalam Silsilah Chishtiyah diterima dari bapanya Syaikh Abdul Ahad (w. 1007 H/1598 M). Di dalam Silsilah Naqshbandiyah, beliau telah menerimanya daripada Khwajah Muhammad Baqi Billah (w. 1012 H/1603 M) dan di dalam Silsilah Qadiriyah beliau telah menerima daripada Shah Kamal Kathayli, (w. 981 H/1573 M). Khwajah Baqi Billah mengakui dan menghargai pencapaian keruhanian Shaykh Ahmad Sirhindi dan telah menunjukkan kehormatan dan sanjungan ke atas beliau sebagai menepati pencirian seorang Shaykh atau ketua Silsilah itu.

Beliau telah memulakan misi reformasi sosial bagi manfaat rakyat jelata dan diperindahkan lagi dalam menuruti kriteria Syari’at. Semasa pemerintahan Raja Akbar antara tahun 963 H/1556 M sehingga 1014 H/1605 M, untuk mencapai misi, beliau telah bertindak dengan tegas walaupun menimbulkan kemarahan Mahkamah Diraja. Pemerintahan Maharaja Mughal yang selebihnya adalah tempoh usaha berat Hadhrat Mujaddid dalam mencapai misinya yang besar, tetapi kejayaan sebenar terurai sehingga selepas akhir pemerintahan Akbar dan ia adalah pada zaman pemerintahan Maharaja Jahangir iaitu di sekitar tahun 1014H/1605 M hingga 1037 H/ 1628 M, bahawa usahanya telah membuahkan hasil. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan menteri-menteri dan orang kenamaan lain Mahkamah Diraja.

Perhubungan akrab dengan para menteri kerajaan dan sebagai seorang tokoh diraja, beliau telah diberikan peluang yang besar dan ianya bukan rahsia tetapi dalam pengetahuan penuh raja, dalam usaha untuk menyebarkan misinya yang menarik sebilangan besar orang awam dan mengekalkan hal ehwal kerajaan.

Beliau telah dijadikan sasaran kemarahan Maharaja Jahangir oleh mereka yang memegang permusuhan terhadap beliau di Mahkamah Diraja. Oleh itu, Maharaja Jahangir telah memenjarakan Hadhrat Mujaddid di Gawalior Fort untuk selama setahun iaitu dari tahun 1028-1029 H. Selepas itu Jahangir berasa malu dan mengeluarkan Hadhrat Mujaddid serta menganugerahkan kepadanya beberapa hadiah yang berharga. Seterusnya Maharaja Jahangir telah menawarkan beliau untuk berada dalam pengurusan pentadbiran negara bersama-sama dengan menteri-menteri lain dan pegawai-pegawai tinggi Negeri pada tahun 1618-24 H/1028-34 M . Beliau telah menerima tawaran ini dengan syarat bahawa Shaykh Ahmad mahukan kemudahan dan peluang untuk menjalankan misinya dengan tenang dan jujur dalam menyedarkan rakyat dengan ajaran Islam.

Beliau membawa suatu revolusi dan reformasi yang besar dalam sikap dan tingkah laku rakyat, dan ianya dibentangkan di hadapan mereka dengan ajaran yang asli dan tidak boleh dipertikaikan dalam Agama Ilahi Islam. Ini menyebabkan perubahan luar biasa dalam kehidupan sosial dan peribadi mereka yang menurutinya. Dalam erti kata lain, beliau terbukti menjadi “Mujaddid” iaitu pembangkit sebenar kebangkitan ini atau seorang yang berada di barisan hadapan sebuah revolusi besar yang dibangkitkan semula, yang mana telah dapat membuka jalan untuk kemajuan seterusnya dalam misi menuju Ilahi dengan penuh keamanan dan ketenangan di bumi ini.

Beliau meneruskan usaha untuk penubuhan sebuah negara Islam di India, bukan bersama operasi dengan orang bukan Islam seperti membawa kehadiran atau kemasukan mereka kerana apa-apa dalam kebangkitan semula Islam semata-mata secara eksklusif mungkin menggalakkan mereka di bawah pengaruh beberapa kuasa asing untuk mensabotaj pergerakan. Beliau juga bertungkus lumus berusaha untuk penubuhan Muslim India. Beliau menterjemahkan perkhidmatan yang tidak ternilai dalam bidang Syari’ah Undang-undang Islam dan Tariqat yang merupakan suatu tafsiran kesufian pengamalan Al-Quran dan As-Sunnah, politik, kerajaan, sosial serta pembaharuan ekonomi.

Rakyat secara umumnya telah hanyut jauh dari kehidupan Syari’at serta menganggap baik untuk melakukannya di antara mereka dan telah menjadi mangsa kepada upacara dan ritual yang tidak sesuai dengan Syari’at Islam. Melalui huraian ilmiah Hadhrat Mujaddid serta perbualan dan surat beliau kepada beberapa tokoh negarawan, beliau telah mengubah pemikiran dan kaedah tingkah laku rakyat di India dan membawa mereka berada berkeliling dalam norma Syari’at dan dengan itu beliau telah menunjukkan kepada mereka garis panduan yang betul dan kaedah pembebasan dari kegelapan pelanggaran perintah yang mereka telah jatuh. Jikalau tidak kerana usaha pembebasan yang tepat pada masanya oleh Hadhrat Mujaddid yang agung, mereka akan menjadi mangsa kejahatan dan bertanggungjawab kepada perhitungan yang bersungguh-sungguh bukan sahaja di dunia ini tetapi juga selepas kematian nanti.

Gambaran mengecewakan apabila seseorang hanyut dari jalan yang benar tidak hanya tertumpu kepada orang biasa tetapi lelaki yang mendakwa untuk menjadi Sufi dan orang-orang Salih juga menjadi mangsa keengganan dan buta terhadap amalan adat dan upacara yang dipinjam daripada jiran-jiran bukan Islam dan dengan itu mencemarkan wajah kesaksamaan Islam dan ajaran Ilahi yang telah diturunkan. Orang-orang itu telah diselamatkan dari jalan amalan menipu dan dibawa balik ke landasan asli menuju kesalihan dengan usaha yang berterusan lagi meyakinkan daripada Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi.

Mengenai laluan pemikiran dan kesedaran ideologi Para ‘Ulama, keadaan tersebut tidak semuanya memberangsangkan. Terdapat dua konsep berasaskan keluasan kefahaman Wahdat Wujud yakni kesatuan dalam kewujudan dan Wahdat Shuhud yakni kesatuan dalam penyaksian. Kedua-dua konsep tersebut telah bergaul antara satu sama lain dan begitu membingungkan dalam cara dan corak yang mana telah membawa para pesertanya menjadi tidak berhati-hati dalam menempuhi banyak lorong-lorong buta di mana hanya terdapat kegelapan.

Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Sirhindi bukan sahaja membersihkan kekeliruan mengenai hal keadaan ini tetapi juga yakin dengan kebenaran Para Penuntut yang benar, bahawa pembebasan terletak pada pemahaman yang betul dan pematuhan kepada ideologi pemahaman Wahdat Shuhud daripada pemahaman Wahdat Wujud yang bertindak sebagai minuman yang memabukkan kepada pencari diri, manakala bekas Wahdat Shuhud membuka sudut pandangan fikiran untuk menyaksikan dan mengkagumi warna dan kecantikan yang bertaburan di seluruh alam semesta yang luas.

Konsep pemikiran Wahdat Shuhud yang diterjemahkan dan dikemukakan oleh Hadhrat Mujaddid Alf Tsani telah menarik dan mempengaruhi serta mendorong para penyair besar untuk menyatukan asas-asas Falsafah Islam dan berkaitan dengan Ilmu Nafsiyah iaitu pengetahuan tentang Psikologi Kejiwaan Diri dan telah membangkitkan sumbangan pemikiran kepada hakikat yang lebih benar dan lebih kekal terjaga serta usaha yang berterusan untuk kejayaan seruan Ilahi terhadap kemakmuran kemanusiaan secara keseluruhannya.

Dalam bidang politik dan tadbir urus pentadbiran negara yang berdasarkan pada kerakyatan dan bukannya berdasarkan pandangan jauh dan prestasi, wawasan Hadhrat Mujaddid mempunyai suatu kesan negatif pada Maharaja Akbar yang beragama Hindu Islam tampil dengan teori “Satu Negara Satu Agama”, yang mana Hadhrat Mujaddid telah menentang konsep tersebut lalu menyokong entiti pemisah Hindu dan Islam yang mahu mewujudkan dua buah entiti negara dan bukannya satu sebagaimana yang dikemukakan oleh Maharaja Akbar. Dalam masa yang singkat ‘Teori Dua Negara” menjadi terkenal dan keadaan ini telah membawa kepada pergerakan kebebasan di benua kecil Hindi dan kemunculan muktamad Pakistan pada tahun 1366 H/1947 M sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat. Dalam erti kata bahawa Hadhrat Mujaddid telah memberi dorongan yang segar dan diperbaharui kepada pemikiran untuk mewujudkan entiti kekal yang dapat disamakan sebagai blok Islam dan blok Kufur atau Islam dan bukan Islam merangkap sempadan politik di permukaan bumi. Teori pemikiran ini telah mendapat momentum dan pengembangan pada personaliti yang hebat sesudah beliau seperti Hadhrat Shah Waliyullah Dehlawi (w. 1176 H/1762 M), Hadhrat Ahmad Ridhza Khan Bareilwi (w. 1340 H/1921 M), Dr. Muhammad Iqbal (w. 1357 H/1938 M) dan Muhammad Ali Jinnah (w. 1367 H/1948 M).

Usaha-usaha Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Sirhindi telah membuahkan hasil pada masa Maharaja Jahangir yang atas perintah Hadhrat Mujaddid, Maharaja telah melantik sebuah suruhanjaya untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Islam. Suruhanjaya ini terdiri daripada Para ‘Ulama yang terpelajar pada masa itu. Oleh itu, ini telah mengurangkan pengaruh dan campur tangan para pegawai yang bukan Islam dalam masalah dalaman negeri terutama yang berkaitan dengan perundangan Islam dan lain-lain undang-undang suci. Ini membantu pertumbuhan dan perkembangan masyarakat Islam dan Islam sebagai agama yang berkembang maju, jauh dan luas sehinggalah pada masa Maharaja Aurangzeb Alamgiri (w. 1068-1658 H/1118-1706 M), usaha oleh Hadhrat Mujaddid dan putera-puteranya telah sampai ke kemuncak kejayaan mereka.

Maharaja Alamgir sendiri adalah pengikut Hadhrat Khwajah Muhammad Ma’sum (w. 1079 H/1668 M) yang merupakan putera lelaki Shaykh Ahmad Sirhindi dan juga telah menerima bimbingan keruhanian dan hidayah dari Hadhrat Khwajah Saifuddin iaitu putera Khwajah Ma’sum. Tidak dinafikan dinasti Mujaddid telah meninggalkan kesan yang kekal pada Empayar Mughal dan pada proses pemikiran ‘Ulama Intelek dan Agama Islam. Ia turut membawa revolusi besar dalam pola keruhanian dan pemikiran terhadap penubuhan negara Islam.

Setelah kebangkitan dan misi pemulihan akhlak ini dicapai, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Maharaja Jahangir (1033/1624) dan kembali ke Sirhind. Beliau menjalani kehidupan beru’zlah dan berkhalwat seorang diri dalam mengingati Allah yang mana telah memakan saki-baki kehidupan bertuah beliau serta sentiasa mendoakan perpaduan dan pembangunan berterusan Ummat Islam yang mempunyai banyak lagi laluan yang lebih kompleks lagi sukar di masa hadapan dan berhadapan dengan kesusahan untuk perjuangan Islam dan kelangsungan hidup sendiri khasnyadi tanah yang penuh dengan ketidaktentuan iaitu di benua kecil India.

Beliau telah meninggalkan dunia yang fana ini pada 28 Safar 1034 H/1624 M. Beliau meneguhkan Silsilah Mujaddidiyah menerusi dua orang putera beliau yang cemerlang iaitu Hadhrat Khwajah Muhammad Sa’id (w. 1070 H/1660 M) dan Hadhrat Khwajah Muhammad Ma’sum yang merupakan suatu penghormatan bagi mereka dan dengan kedudukan berada di bawah naungan pemerintah pada masa itu yang dianggap sebagai penghormatan dan keistimewaan yang besar.

Keajaiban karangan beliau, Maktubat terkenal mengandungi tiga jilid dan merupakan suatu khazanah yang tidak ternilai tentang kesedaran dan kebijaksanaan, yang mana terus menumpahkan limpahan cahaya Ilahi daripada Hadhrat Khwajah Baqi Billah telah terus terpelihara. Cahaya ini telah sampai jauh dan tersebar luas menerangi segenap sudut secara umum dan sudut khusus bagi penyebarannya yang tersendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s